Tuesday, May 31, 2011

Bimbinglah Aku Ya Allah

Mudah bercakap dari melaksana.
Mudah berkata daripada mengotakannya.
Cakap semudah ABC.
Melaksanakan belum tentu.

Paling mudah ialah menuding jari kepada orang lain.
Paling senang ialah menyalahkan orang lain.
Paling banyak dilakukan ialah menuduh orang lain salah.
Paling sinonim dengan orang kita ialah membuka keaiban orang lain.
Paling suka dilakukan ialah menjatuhkan air muka orang lain.
Paling digemari dilakukan ialah menjatuhkan maruah
dan mendedahkan nama buruk orang lain.

Diri sendiri tak ada salah.
Diri sendiri semuanya betul.
Diri sendiri semuanya benar.
Diri sendiri semuanya elok.
Diri sendiri semuanya hebat.
Diri sendiri semuanya bagus.
Diri sendiri semuanya ok.

Yang salah upline.
Yang tak betul CDM lain.
Yang tak benar CDM Comeetee.
Yang jahat mentor.
Yang berdosa si Polan.
Yang kaya si A.
Yang senang si B
Yang duduk saja si C.
Yang makan duit bini si D.
Yang banyak makan si E.
Yang hanya tau cakap si F.
Yang hanya pandai tunjuk si G.
Yang banyak bagi arahan si H.
Yang ikut bini si I....
Yang dapat nama si J.....
Yang dapat glamour si K
Yang popular si L
Yang kuli batak si M

Begitulah sikap kita.
Manis di depan menikam di belakang.
Di depan tunduk hormat.
Di depan semua baik.
Di depan semua angguk
Di depan semua bagus.
Di depan semua ok.
Dalam meeting semua setuju.
Dalam perjumpaan semuanya elok.

Siapakah yang berani mendabik dada menyatakan
dirinya serba sempurna?
Siapakah yang berani mendabik dada menyatakan
dirinya yang terhebat.
Siapakah yang berani dada menyatakan
dirinya tidak pernah salah.

Syaitan bersorak gembira.
Iblis bertepuk tangan melihat kebodohan kita.
Musuh2 bersorak meraikan kehancuran kita.
Penjahat2 senyum lebar melihat kealpaan diri kita.
Si Musang berbulu ayam bersorai melihat kelalaian kita.

Ya Allah
Aku mohon perlindungan dari perasaan riak dan takabbur.
Aku mohon perlindungan dari angkuh dan sombong.
Aku mohon perlindungan dari perasaan bangga dan lupa diri.


Ya Allah.
Bimbinglah aku dari bisikan syaitan yang sentiasa
mahu merosakkan diriku sendiri.
Bimbinglah aku dari hasutan yang memusnahkan segala
amal baikku selama ini.
Bimbinglah aku dari hasutan yang mahu memecahbelahkan kami.
Lindungilah aku dari bisikan yang mahu menghancurkan diriku ini.
Lindungilah aku dan rakan2ku dari bisikan yang mahu
menghancurkan silaturrahim ini.
Lindungilah aku dan sahabat2ku dari perpecahan dan
buruk sangka di kalangan kami.

Nikmatmu terlalu besar tetapi terlalu sedikit syukurku.
Kurniaanmu terlalu banyak tetapi terlalu banyak pula keluhanku.
AnugerahMu tak terkira tetapi terlalu sedikit amalanku.
PemberianMu tak terhitung, tetapi terlalu banyak resahku.
Semakin banyak yang Engkau berikan, semakin banyak pula dosa2ku.
Semakin banyak yang Engkau kurniakan,
semakin banyak pula kejahatanku.
Semakin besar yang Engkau berikan, semakin
banyak pula kekufuranku atas nikmat2Mu.

Jadilah aku orang yang sentiasa melihat keburukan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa muhasabah diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa menilai diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa merasa malu dengan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang bersyukur atas segala nikmat2Mu.
Jadilah aku orang yang sentiasa hampir dan dekat denganMu.
Jadilah aku orang yang merasa manis apabila beribadah kepadaMu.

Ampunkanlah dosa2 ku yang tidak terkira banyaknya.
Ampunkanlah segala kelalaianku.
Bukalan ruang dan lorong keampunan untukku.
Naungilah aku dengan rahmat kasih sayang dalam kebahagiaan.
Tinggikan ilmuku dalam kemuliaan.
Tingkatkan darjatku dalam keimanan.
Murahkanlah rezekiku dalam keberkatan.
Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.