Friday, February 4, 2011

Suaranya Terketar-ketar

Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Aku di rumah saat ini. Sedang bersiap untuk bertolak ke Kota Kinabalu dari KLIA jam 1.05 tengah hari ini.

Malam tadi aku tiba di rumah lebih kurang jam 9 malam dari
Alor Star. Selepas habis program Nur Wanita tengah hari semalam, hampir 30 kali aku berusaha menghubungi nombor yang diberikan Adib menerusi FBnya. Pendeknya sepanjang jalan itu aku berusaha. Tetapi ternyata gagal.
Taliannya banyak terganggu, terputus dan bersimpang siur.Ada waktunya taliannya diangkat tetapi bukan Adib yang menjawabnya, malahan orang Mesir, lelaki mahupun perempuan dengan bahasa Arab.
Adakalanya hanya bunyi bising yang kedengaran. Kadang2 tak kedengaran langsung. Tetapi tidak sedikit pun aku rasa berputus asa untuk bercakap dengan mendengar suara Adib sendiri.
Kami singgah solat dan makan di Hentian R&R Hulu Bernam. Aku terus mencuba. Mencuba tanpa merasa kecewa. Entah kali yang ke berapa, tidak pula aku dapat pastikan  apabila tiba2 sayup2 ku suara anak ku Adib.
Hatiku berdebar2.
Kemudian hilang suaranya,  terus talian terputus.
Aku cuba lagi. Tapi gagal. Tetapi tidak selamanya kita gagal. Jangan berputus asa dan kecewa dengan rahmat dan janji Allah.

Aku terus mencuba dan kali ini berjaya....
Suara Adib kedenganran sayup di hujung corong hp ku. Sekejap jelas dan sekejap terputus2.
Tetapi katanya dia dapat mendengar dengan jelas sekali suara mama yang dirinduinya.

Apabila ku bertanya khabarnya...
Dia terus menangis dan ku dengar suaranya menggigil dan terketar2... mungkin masih trauma, atau terlalu takut atau mungkin menahan lapar atau mungkin terharu kerana dapat mendengar suara mamanya.

Tetapi sebagi ibu, hatiku lega dengan selega2nya.
Bersyukur ya Allah. Hanya Engkau jualah Yang Maha Melindungi.

Kami tidak dapat bercakap lama. Tetapi katanya dia dan rakan2nya serta dua orang ustaz iaitu Ustaz Zahir dan Ustaz Firdaus baru sahaja tiba di kedutaan Malaysia di Cairo setelah diselamatkan oleh pasukan misi penyelamat yang dihantar oleh pihak kedutaan Malaysia.

Mereka terperangkap di asrama selama enam hari dengan penuh ketakutan dan keadaan yang tidak menentu nasib masing2. Nyawa benar2 terancam katanya.

Sebaik tiba di Kedutaan Malaysia, mereka mendapat bekalan makanan  dan rawatan kerana ada yang sudah terlalu lemah kerana menahan lapar.

Esok iaitu hari ini, Adib dijangka menaiki kapal laut TLDM untuk dibawa ke Jeddah. Penerbangan diutamakan kepada  wanita dan kanak2 dahulu. Pelajar lelaki akan menaiki kapal laut dan perjalanan mengambil masa selama empat hari ke Jeddah. tak apalah, yang penting mereka mesti segera keluar daripada bumi Mesir.Keadaan benar2 tidak selamat lagi. Mengikut laporan ia sudah mencapat tahap merah atau kritikal.

Kata Adib  lagi...
"Mama dan abah jangan risau. Ini semua ujian ketahanan untuk Adib dan kawan2. Inilah juga ujian untuk yang mahu menjadi hafiz al Quran. Syurga itu harus dibayar dengan harga yang tinggi mama. Mama doakan saja.Insyaallah Adib akan selamat sampai ke Malaysia".

Tiada kata2 balas kecuali sedu sedan ku juga yang terkeluar. Air mata menjadi begitu murah sejak berita krisis Mesir meletus. Dzul di sebelah ku terdiam seribu bahasa mendengar kata2 anak lelaki kami.

Katanya lagi,
"Mama dan abah buat solat hajat ya, bukan untuk Adib saja tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Adib akan meneruskan pengajian bila suasana kembali aman.
Adib mahu menjadi seorang hafiz."

"Baik2 Adib, dengar semua arahan ustaz, beradalah di dalam kumpulan dan jangan sekali2 bersendirian. Bila tiba di Jeddah nanti, sms pada mama ya. Mama dan abah akan mendoakan untuk Adib dan semua. Mama menunggu Adib tiba di KL nanti. Assalamualaukum Adib"

Ya...semoga cita2 Adib akan tercapai.Aku amat memahami impiannya. Tetapi lebih penting di saat ini ialah mereka semua mesti keluar seberapa cepat dari bumi Mesir.
Aku akan menanti kepulangannya dengan penuh doa.
Juga menunggunya dengan penuh sabar.

Mohd Adib, anak kedua dari empat adik beradik.
Dia anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Dia juga satu2nya cucu lelaki tunggal dalam keluarga
sebelah abahnya.
Mohd Adib dan rakan2nya mendengar taklimat akhir di KLIA
sebelum berangkat ke Egipt bulan Oktober lalu.
Mohd Adib bergambar bersama nenek (mak Dzul) yang dipanggil Wan dan keluarga yg lain pada percutiannya bulan Oktober yang lalu.

Doa anda semua juga diharapkan.
Aku sudah berada di KLIA untuk ke KK.  Malam ni ada slot pengukuhan dan esok dari KK aku akan ke Sandakan pula. Salam jumpa lagi.





1 comment:

  1. macam nak nangis baca cerita awalnya... kesiannya... alhamdulillah akhirnya selamat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.