Thursday, June 2, 2011

Allahyarham DDM Kunaini Bohri Abadi Dalam Kenangan

Tinggal kenangan.
Tak mungkin dilupa kenangan indah bersama
arwah DDM Kunaini.
Begitu cepat arwah pergi.
Sebulan lalu pada 1 Mei 2011, kita masih bersama2nya
di NDS di Quality Hotel Shah Alam.
Semalam 1 Jun 2011 sudah tiada lagi.
Pemergian yang abadi menghadap Ilahi.

Cukup terasa pemergiannya.
Begitu sedih dan terharu dengan kematiannya.
Kehilangan sebutir bintang di dalam AT 181.
Meski pun baru kenal dengannya sejak setahun setengah yang lalu.

CDM Asiahlah upline yang paling terasa akan kehilangannya.
"Katanya satu demi satu leadernya pergi tetapi perginya
DDM Kunaini tak mungkin berganti lagi".
"Dunia perniagaan group As semakin sunyi dengan kehilangan Kunai".
"As kehilangan pemimpin hebat".
Aduh...begitu hiba sekali.
Tak mampu aku menahan tangisku.
Maka berderailah air mata ini, jatuh membasahi pipi.
Terus jatuh berderaian....
Entah untuk kali yang ke berapa sejak aku mendapat
berita pemergiannya.

Arwah Kunaini ada memaklumkan pada ku bahawa dia tak boleh hadir Majlis Anugerah SM SSM di Kuching pada 24 Julai nanti.
Baru aku teringat...rupanya arwah sudah terasa yang dia akan pergi sebelum sempat majlis itu berlangsung.
Pergi tak kembali.
Kenangan cukup indah ketika bermain salji
di Puncak Titlis Switzerland Oktober 2010 yang lalu.
Ini adalah trip pertama yang DDM Kunaini layak.
Arwah sangat gembira dengan kejayaan itu.
Ketika berseminar di Switzerland.
Kesudahan yang baik untuk arwah DDM Kunaini.
Perjalanannya telah ditakdirkan.
Marilah kita doakan tempat yang baik untuknya
di sisi Allah SWT.
Kenangan mengusik hati.
Aku kepenatan ketika membeli belah di Switzerland.
DDM Kunaini menemani ku,
"kesian Kak Dah, rehat dulu nanti kita jalan terus.
Kunai temankan Kak Dah ya, barang Kak Dah tu Kunai bawakan".
Katanya.
Ohhh sedihnya. Sebak sekali....dan aku menangis lagi.
Masih lagi kenangan di Switzerland.
Arwah DDM Kunaini pandai bergurau.
Gurauannya sentiasa memecah suasana.
Telatahnya sentiasa mencuit hati.
Inilah antara ciri2 arwah yang sangat disenangi semua
orang yang mengenalinya.
Arwah bijak berbicara.
Hebat ketika berkata2.
Pantun seloka kias bahasa menjadikan bicaranya di khalayak sedap didengar.
Sayang sekali...Allah lebih mengasihinya.
Kita doakan kesudahan yang baik untuk arwah
DDM Kunaini.
Segalanya indah bersama upline, mentor dan
rakan kongsinya di Switzerland.
Sebelum melancong ke Switzerland,
Arwah DDM Kunaini membeli kamera baru Canon.
Arwah begitu gembira dapat memiliki kamera baru tersebut yang
berharga hampir RM5 ribu
untuk mengabadikan kenangan indah bersama
Warga Taipan di Switzerland.

Sesungguhnya ternyata, segalanya abadi dalam kenangan indah bersama
ALLAHYARHAM DDM KUNAINI BOHRI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.