Wednesday, June 1, 2011

Bersemadilah Kenangan Bersama DDM Kunaini Bohri

AL Fatihah
 DDM KUNAINI BOHRI
Meninggal 1 Jun 2011.
Dilahirkan pada 12 Januari 1984.
Dalam usia 27 tahun, saatnya tiba jua.
Sesaat tidak terlewat sesaat tidak cepat.

DDM KUNAINI BOHRI
Ketika menerima Anugerah DDM di MIECC Mines tahun lalu.
Arwah Kunaini join AT 181 pada bulan November 2009.
Hanya tiga bulan selepas itu, beliau bergelar DDM.
Seorang anak muda yang mempunyai impian besar, berjiwa kental,
sanggup bekerja keras demi mencapai cita2nya bersama AT 181.
DDM Kunaini dilahirkan di sebuah perkampungan terpencil iaitu
Kampung Pasak kira2 5 jam perjalanan darat ke Kuching Sarawak.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat susah.
Anak ke 8 daripada 12 orang adik beradik.
Ayahnya telah lama meninggal dunia.
Hanya beliau yang bekerja sebagai penjawat awam dalam keluarganya.

Kesusahan hidup keluarganya mulai berubah apabila
DDM Kunaini bersama AT 181.
Menurut keluarganya, DDM Kunaini menggunakan sepenuhnya
pendapatan daripada perniagaan ini untuk membina rumah baru
keluarganya di Pasak, juga telah membeli ladang kelapa sawit dan
kebun buah2an yang sedang diusahakan keluargannya.
DDM Kunaini masih bertugas sebagai seorang pendidik
di Sek Ren Keb. Sungai Sebatu, Niah Miri Sarawak.
Sebuah kawasan jauh ke pedalaman Miri.
Dari Miri, perjalanan daratnya dua jam.
Jarak daripada Miri ke Kuching pula 12 jam perjalanan kereta.
Tetapi DDM Kunaini tetap hadir setiap program bersama AT 181.
Apa sahaja program yang dianjurkan, DDM Kunaini sentiada hadir bersama.
Bersama uplinenya, CDM Asiah Yusof, Allahyarham adalah antara
pemimpin yang terus berusaha
untuk menggerakkan AT 181 Kenyalang.
Seorang pendidik yang sangat dedikasi.
Anak muda berjiwa halus, lembut dan mudah mesra dengan
sesiapa sahaja. Dia juga seorang guru dan pemimpin yang berbakat dan
serba boleh.
Semangat dan kemahuannya cukup tinggi.
Impiannya sangat besar.
Harapannya untuk mengubah kehidupan menggunung tinggi.
Kisah kejayaannya menjadi perbualan masyarakat di tempatnya.
Kisahnya beberapa kali disiarkan dalam akhbar Borneo Sarawak.
Sikapnya yang suka bergurau dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja
menyebabkan dia sentiasa disenangi.
Arwah DDM Kunaini seorang anak muda yang baik.
Tujuh bulan bersama AT 181, DDM Kunaini
berjaya memiliki kereta mewah Toyota Alphard QAT 181.
Sebagai orang bujang, aku pernah bertanya kepadanya "apa gunanya membeli
kereta bersaiz besar dan kenapa bukan kereta yang sesuai dengan selera anak muda"?.
Katanya untuk keluarganya yang sebelum itu tidak mempunyai kereta.
Ibu dan adik beradiknya dapat menumpang senang apabila
dia mebeli Toyota Alphard tersebut.
DDM Kunaini pernah mengharungi banjir besar separas dadanya
selama dua jam,sambil memikul beg besar dan kek lapis
ketika berusaha keluar
dari tempatnya bertugas untuk sampai
ke Miri sebelum tiba di Kuching dan berangkat ke KL untuk menghadiri
'Fight To CDM Seminar' pada 23 Januari 2011 yang lalu.
Suatu kepayahan yang sanggup diharunginya demi mencapai impian.
Tiada alasan untuk berjaya.
Segalanya ditempuhi dengan sabar.
Suatu sikap yang jarang ada pada anak muda hari ini.
Kenangan bersama arwah DDM Kunaini
di Switzerland Oktober 2010 yang lalu.
DDM Kunaini juga layak ke Beijing, Jakarta dan Perth Australia
sepanjang setahun setengah penglibatannya dalam perniagaan ini.
Ketika ke Kuching Ogos 2010, ketika mengadakan progran pengukuhan.
DDM Kunaini membawa aku menaiki bot mengelilingi bandar Kuching.
Juga membawa ke Perkampungan Dayang untuk membeli kek lapis Sarawak
yang terbaik untuk ku.

Aku terkilan, Isnin yang baru lalu, DDM Kunaini ada menghantar satu sms padaku meminta sumbangan wang sebanyak RM300 untuk menampung kos
membeli LCD bagi membolehkannya mengendalikan bisness talk di Miri.
No akaun yang aku minta untuk online wang itu,tidak dijawabnya
sehinggalah  aku menerima
panggilan tentang pemergiannya.
Jalan untuknya telah ditentukan.
Allah SWT lebih mengasihinya.

Tinggal kenangan...
Tak dapat aku menahan sebak.
Begitu cepat dia pergi ketika keluarganya masih meletakkan
harapan untuk menumpang kesenangan dari hasil usaha anak muda
berjiwa kental ini.
Arwah DDM Kunaini adalah harapan keluarganya.
Juga selalu dia sebutkan bahawa cita2nya untuk mencapai
pangkat CDM tahun 2011.
Hajatnya tidak kesampaian.
Dia pergi dalam perjuangan.
Takziah untuk seluruh ahli keluarganya.
Semua orang akan merasai kehilangan DDM Kunaini.
Ibunya, adik beradiknya, anak2 didiknya, rakan2 guru di sekolahnya,
dan tentulah seluruh Warga Taipan 181.

Salam takziah untuk keluarganya.
Kita reda dengan pemergiannya.
Kita juga pasti akan mengikut jejaknya nanti.
Lambat atau cepat, sesaatpun tidak akan terlewat.
Jika di dunia kita tahu tentang kebaikannya,
maka pasti tempat yang baik akan kembalinya di akhirat sana.
Jika kita ada kesempatan, sedekahkan juga bacaan Yassin untuknya
walau di mana jua anda berada.

Bersemadilah untuk...

DDM KUNAINI BOHRI.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.