Salam selamat pagi.
Alhamdulillah, pengalaman meninjau Kotaraya Hong Kong melalui
program The Big Bus, tour of Hong kong memberi pengalaman baru kepada setiap peserta trip ini.
Pertama kali melihat bas dua tingkat tidak berbumbung.
Ia membawa kami meninjau kecantikan neon2 Hong Kong pada waktu malam.
Kesibukan masyarakat dengan aktiviti shopping, berurus niaga, makan minum, bersembang, hiburan,
berjumpa kawan, segala urus niaga, aktiviti eksport import dan sebagainya.
suasana malam di Hing Kong sangat segar dan hidup.
|
Pengalaman baru....inilah hikmah" jauh berjalan luas pandangan".
Banyak perkara yang tiada di negara kita dilihat dan ditemui sepanjang 4 hari di Hong Kong.
Kita perlu buat sesuatu yang baru.
Perkara baru, imej baru, identiti baru, baru ia mampu menarik minat baru yang akan memberi nafas baru.
bukan bersandar kepada perkara yang sama sahaja.
|
|
Walaupun kepenatan, tetapi pengalaman baru ini pasti akan memberi kenangan baru yang akan menyuntik semangat baru
yang lebih segar untuk dibawa pulang ke tempat masing2 nanti.
CDM siti Rahmah dan DDM Tham pasti mendapat idea baru untuk dibawa kepada
rakan kongsinya di Sabah agar berniaga dengan lebih hebat selepas ini. |
|
Begitu juga dengan CDM Maidah dan CDM Kalsom.
Pengalaman di Hong Kong pasti memberi nafas baru kepada mereka.
rugi bagi siapa yang layak ke Hong Kong tetapi menjual tiketnya kepada orang lain.
Apa alasan pun, yang pasti anda mungkin tidak akan ke mari lagi secara percuma kecuali mengeluarkan wabg poket sendiri. |
|
DSM Nazli dan DSM Farah...cabaran untukmu,
Lepas Hong Kong, jadi tak jadi mesti jadi DDM.
Jadi tak jadi mesti layak ke Holland. |
|
Bersorak sorai dari atas bas.
hu ha hu ha.... |
|
Amboii..Pak Cha dan isterinya Kak Shimah, seronokbukan main honeymoon kat Hong Kong.
Dah enam orang cucu baru sempat honeymoon.
Sebelum itu kerjanya pesawah padi di utara Malaysia.
tak sempat fikir honeymoon pun sepanjang hidupnya.
tetapi AT 181 memberi warna baru dalam hidup mereka berdua.
Tahnah Pak Cha. |
|
Pangdangan dari bas...bangunan hotel tertinggi di Hong Kong mempunyai 99 tingkat. |
|
Melambai2 kepada yang sudah turun. |
|
Kenangan manis...happy, seronok dan enjoy.
Kepuasan hingga menjilat jari...he he he. |
|
Riuh rendah...rasa tak nak turun la pulak. seronoklah pusing2 Hong kong fengan bas ni.
Memang dah penat setelah seharian berorientasi di bandar Hong Kong.
Selepas itu kami terus dibawa pulang ke hotel.
Tetapi aku berlapan orang, singgah turun untuk shopping lagi di night market...pasar malam di tempat kita.
Tak puas shopping di Hong Kong.
Masa yang sangat terhad.
Esok dah nak pulang ke Malaysia.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.