Thursday, June 23, 2011

Hong Kong 5...Islamic Centre

Salam
Hari kedua kami dibawa ke Masjid Ammar and  Osman Ramju Sadick Islamic Centre.
Bersarapan di sini. Dim sun dan nasi goreng.
Di sini segalanya ada untuk masyarakat islam Hong Kong.
Ada kelas pengajian, juga menjadi masjid, kelas ilmu, pusat rujukan, library,
ruang pameran dan kantin pun ada.

Di hadapan Masjid Ammar
Sebelum ke Disneyland, sempat berdoa kepada Allah SWT mohon agar diberikan ilham, kekuatan dan semanagat
untuk terus berusaha membantu seramai mungkin berjaya dalam akademi ini.
Pak Cha dan isteri dari Perlis. Sudah menjangkau enam puluhan dan sudah bercucu.
Hidupnya berubah warna apabila menyertai perniagaan.
Pelangi hidupnya makin ceria.
Bumi Hong Kong pasti memberi cetusan semangat baru yang sedia kentalnya.
Maklum..selama ini hidupnya hanya bertemankan sawah bendang sahaja.
Irah dan Aisyah dah tak sabar nak ke Disneyland..
Nak bergambar pun dah tak mahu.
itu yang masam je mukanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.