Pemergian Allahyarham Kunaini menyedarkan aku.
Ramai yang berkata, yang pergi tetap akan pergi.
Kita yang tinggal akan terus berjuang.
Tetapi ramai yang lupa, setiap kali ada kematian,
kita hanya merasa orang lain yang pergi.
Orang yang lain mati dan bukannya kita.
Orang lain yang meninggal dan bukannya kita.
Kita masih sihat.
Kita masih bertenaga.
Kita tak ada sebarang penyakit.
Kita masih kuat.
Kita masih muda.
Kita masih panjang usia.
Kita masih panjang umur.
Kita tidak pernah ingat andainya kita yang dijemput pergi.
Kita tidak pernah ingat andainya kita yang menghembuskan nafas terakhir.
Kita tidak pernah ingat andainya yang mati itu adalah kita.
Kita tidak pernah ingat andainya roh berpisah dari jasad kita.
Kita tidak pernah ingat yang dibedah siasat itu adalah jenazah kita.
Kita tidak pernah ingat yang diusung ke kubur itu adalah kita.
Kita tidak pernah ingat yang dikebumikan itu adalah kita.
Kita tidak pernah ingat, bacaan sedekah Al Fatihah itu rupanya untuk kita.
Kita tidak pernah ingat yang menangis itu adalah anak2 yang meratapi pemergian kita.
Kita tidak pernah ingat bahasa yassin dan tahlil itu dibuat untuk kita.
Ya Allah.
Jangan Engkau lalaikan aku dengan kematian.
Malaikat maut datang menjengah kita sebanyak 70 kali setiap hari

untuk membawa kita pergi menemui Allah.
Memang tak akan mati selagi belum sampai ajalnya.
Tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan?
Sudah banyakkah amalan kita.
Sudah banyakkah sedekah dan ilmu yang kita berikan?
Sudah sempurnakah solat kita?
Sudah terlaksanakah semua rukun Islam kita?
Sudah selesaikah hutang kita kepada Allah Sang Pencipta?
Bagaimana pula hutang kita sesama manusia?
Berapa kali kita khatam Al Quran untuk menerangi kubur kita?
kerana orang yang selalu membaca Al Quran dijamin terang benderang kuburnya nanti?
Sudahkah kita tunaikan zakat perniagaan kita, zakat pendapata kita,
zakat harta kita?
Bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa kita, adik beradik kita,
saudara mara kita?
Sudahkah kita memohon ampun kepada mereka kerana lisan kita yang sentiasa bercerita tentang keburukan mereka?
Mengumput dan mengutuk mereka?
Sempatkah kita bertaubat memohon ampun dariNya?
Mampukah kita menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nangkir
tentang amalan baik dan buruk kita sebaik kita dikebumikan nanti?
Bagaimana pula kehidupan sesudah matinya kita sementara menunggu
penghakiman di Padang Mahsyar nanti?
Menginsafkan.
Pemergian Allahyarham Kunaini menyedihkan.
Begitu juga dengan pemergian kita nanti.
Pasti ramai yang meratapinya.
Pasti ramai yang menagisinya.
Pasti ramai yang merinduinya.
Pasti ramai yang terkenang2kannya.
Sebagaimana pemergian Kunaini.
Gambar2 kita akan ditatap.
Kisah2 kita akan diungkap.
Cerita2 kita akan diselak.
kenangan2 bersama kita akan disebut.
Tetapi kita bersendirian di dalam kubur.
Hanya membawa tiga perkara...
*Doa anak yang soleh
* Ilmu yang dimanfaatkan
* Sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan.
Doa jua kita iringi pemergian Allahyarham Kunaini.
Aku masih mengimbau2 gambar dan potretnya.
Untuk tatapan semua yang merinduinya.
Salam terakhir untuk Allahyarham Kunaini.
Moga pemergiannya memberi pengajaran dan peringatan untuk kita.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.