Thursday, June 9, 2011

Holiday Lagi..Destinasi Ke 26


Salam bahagia.
Bersyukur kepada Allah SWT, masih lagi berpeluang menikmati segala kurniaanNya yang tidak terhingga banyaknya.
Anak2 sedang membilang hari nak bercuti ke Hong Kong.
Betapa gembiranya Irah dan Aisyah.
Tinggal 9 hari lagi.

Pagi tadi Irah bertanya aku, selain ke Disneyland, ke mana lagi tempat yang akan dilawati sepanjang 4 hari di sana?
Baru tengok surat dari syarikat dan jadual perjalanannya.

Hari pertama 18 Jun 2011.
Seawal jam 6.30 am semua yang layak mesti berada di KLIA,
berkumpul di kaunter G10 untuk penerbangan antarabangsa.
Paginya mak ooii..nampaknya jam 4 pagi dah kena bangun.
Penerbangan mengambil masa 5 jam.
Tiada perbezaan waktu antara Malaysia dengan Hong Kong.
Setiba di Hong Kong, semua akan dibawa menikmati makan tengah hari sebelum dibawa melawak ke kilang jed dan barangan perhiasan Hong Kong.
Selepas itu, kita akan melawat kilang perubatan hetba Cina di kota itu.
Sapa yang tak berapa sihat, dah cuba perubatan Melayu tetapi belum baik2
gak, boleh cuba pula perubatan herba Cina Hong Kong.
Mana tau serasi..

Selepas itu baru akan check in hotel.
Aku dapat dua bilik. Satu lagi untuk bilik Irah dan Aisyah.
Waa...hari kedua yang paling best dan seronok untuk anak2.
Seharian akan dibawa ke Disneyland. Kota keriangan yang sangat mengkagumkan.
Dunia yang penuh magis, pengembaraan hebat yang tiada sempadan.
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan kita semua.
Kita berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang mencabar tarikan
dan kemahuan diri sendiri.
Tentu tidak jemu di Disneyland.
Pasti menggamit keseronokan yang tiada tandingannya
apabila seharian bergembira di Disneyland Hong Kong.
Pada hari ketiga, kita akan dibawa  mengelilingiorientasi
Kotaraya .Hong Kong
Gemerlapan cahaya menyinari Hong Kong..
Suatu pemandangan indah dan mengasyikkan.


Kota raya Hong Kong pada waktu malam.

Selepas itu kita akan diberi masa yang secukupnya untuk shoping di Lady's market.
Belilah apa sahaja yang diingini.
Jangan lupa membeli buah tangan souvenir untuk keluarga dan rakan kongsi


Cantiknya pemandangan malam di Golden Bauhinia Square.
Pastinya memberikan kenangan indah bagi yang melawat Hong Kong.
Golden Bauhinia Square pada waktu siang hari.
Ini pula ialah pemandangan di
Aveneu Of The Star.
Avenue Of The Star
Simbol kepada kehebatan Hong Kong.
Lagi suasana indah pada waktu malam di Hong Kong.
Pada hari ketiga, sekali lagi akan diberi masa untuk shoping di Tsim Sha Tsui.
Pada hari ke 3, pada sebelah malamnya , kita akan dibawa dengan program
'open Big Bus' untuk bersiar2 di sekitar Hong Kong.
'Open Big Bus' menegelilingi Hong Kong.

Pada hari ke empat, selepas bersarapan di hotel,
kita akan diberikan kebebasan untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Rombongan pulang dijangka tiba di KLIA pada jam 7.55 petang pada 21 Jun 2011.

Selamat bercuti.
Jika berminat untuk mengetahui bagaimana saya telah sampai
ke 25 destinasi di dunia secara percuma,
boleh call saya 016 2212181.
Hidup Luar Biasa!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.