Friday, June 3, 2011

Pagi Jumaat Yang Sayu

Sungguh sayu dan pilu.
Perasaan yang sukar digambarkan.
Tiada bahasa mampu diluahkan.
Pagi Jumaat nan sungguh sayu.
Pagi Jumaat yang sungguh hiba.
Semua orang berdukacita, sedih dan menangisi pemergian
insan hebat bethati mulia ini.
Tak mampu diucap, tak mampu diungkap...hanya air mata mengalir laju.
Aku pasti begitu ramai yang merasa sebak sebagaimana yang aku rasai.

Hari ini 3 Jun 2011, jam 9 pagi tadi selamat dan sempurnalah
pengkebumian jenazah
Allahyarham KUNAINI BIN ZONIBAH(ibu)
di Kampung Tuie(Daerah Pusak) Sarawak.

Sudah tersurat perjalanan hidup untuk Allahyarham Kunaini.
Meninggal di usia muda.
Ketika ibunya masih bergantung harap kepadanya.
Ketika adik beradik mahu menumpang kesenangannya.
Ketika anak2 didik di sekolah begitu mengasihinya.
Ketika rakan2 sekerja begitu berbangga dengan kerajinannya.
Ketika namanya mekar mengharum di AT 181.
Ketika dirinya sedang berjuang untuk memartabatkan kejayaan untuknya.
Ketika dia sedang berjuang untuk menyedarkan bangsanya.
Ketika dia sedang berusaha untuk menjayakan rakan niaganya.
Ketika dia sedang berusaha keras untuk menjulang pangkat
CDM untuk dirinya sendiri.

Tetapi Allahyarham anak yang berjasa, berbudi dan sangat kuat
berusaha untuk untuk mengubah nasib keluarga.
Ibunya menunjukkan kepada CDM Asiah, aset pembelian arwah untuk ibunya berupa tanah, ternakan kambing dan lembu, ladang kelapa sawit, kebun buah2an dan sebuah rumah baru yang hampir siap pembinaannya.Cantik rumah itu...sms daripada uplinenya.

"Ash rasa sangat sayu sewaktu menjejakkan kaki ke rumah arwah, sebab
kami sempat bergurau, nak sangat ke rumahnya nanti.
Tengok2, hajat itu ditunaikan Allah, dah sampai ke rumahnya
tetapi dalam keadaan mengiringi jenazahnya sahaja."

Besar gambar frame di Swiss yang digantung di dinding rumahnya
dengan kata2 yang tercatat...
"Bingkisan Kejayaan Bersama Akademi Taipan 181."
Sayang sungguh arwah Kunai dengan Taipan 181.

Demikian catatan sms yang ku tatap daripada CDM Asiah.
Dan aku menangis lagi.
Ohhhh...Kunai,
begitu cepat dia meninggalkan kita semua.
Sayang sekali jarak kampungnya terlalu jauh.
Aku rasa mahu terbang segera ke sisi jasadnya
untuk sama2 mengiringi jenazahnya disemadikan pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Terima kasih kepada CDM Asiah, CDM Abdullah Sandi dan DSM Wada
yang mewakili AT 181
membantu menguruskan jenazahnya sehingga sempurna
disemadikan hari ini.

Marilah kita sama2 berdoa untuk Allahyarham.
Ampunkanlah dia.
Maafkanlah dia.
Redakanlah dia.
Ikhlas hati kita terhadapnya, agar arwah tenang di sana.
Iringilah pemergiannya dengan doa semoga rohnya
abadi bersama roh
orang2 yang bertaqwa.

Beberapa foto yang dikirimkan oleh CDM Asiah dan DSM Wada
pagi tadi di majlis pengkebumian Allahyarham Kunaini.

Al Fatihah untuk
ALLAHYARHAM KUNAINI BIN ZONIBAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.