Saturday, June 25, 2011

Hong Kong 13...Pulang Ke KL

Pagi 21 jun, kami turun makan di tingkat 7 L'hotel.
Jam 11.30 pagi dah kena check out hotel.
Hari terakhir berada di Hong Kong hari ini.
Seronok berjumpa semua sekali di restoran hotel.
Maklum kami dipecahkan kepada tiga kumpulan D iaitu D1, D2 dan D3.


Bila dua orang berkumpul untuk bergambar, semua datang berkerumun.
Itu yang meriah tu.
Ini geng paling glamour sepanjang kat Hong Kong.
Cun cun u..sampai tak kenal.
Terkejut aku tengok dia orang ni..lawa2 uuu...

CDM Siti Rahmah, DDM Tham, CCM Mahmud, DDM Kalsom, CDM Maidah dan DSM Amrullah.
Pengalaman di Hong Kong pasti memberi nafas baru kepada Taipan Sabah.

Arfan...anak bujang CDM Fitri dan DDM Ayu Yassin.
Waah...baru dia faham perjuangan ayah dan ibu.
Ada ganjaran selepas sering ditinggal ayah dan ibunya.
Selepas ni Arfan pasti lebih faham dan bersemangat untuk menyokong perjuangan aayah ibunya.
Tak rugi bawa anak melancong bersama.
Mereka pasti lebih mengerti dan memahami.

Ini geng Makbul u...lepas kembali nanti taukeh Makbul pasti join sekali.
Kuasa magnet Hong Kong pasti memberi impak berbeza.
DSM Sha, DSM Salina dan CDM Hanim.
Kali ini semua bujang kat Hong kong.
Rugi u tak bawa abe.
Nanti ke Holland jangan tinggalkan abe lagi ya.
DSM Faridah dan SSM Ila dari Kelantan.
Tak boleh jadi...
CDM Hamaka dan DSM Azim

Selamat tinggal L'hotel.
Service bagus, bilik sangat selesa.
Menunggu bas datang di lobby hotel selepas check out.

Dah sampai ke airport Hong Kong.
Dah tak sabar nak balik laa pulak...nak pekena roti canai, nasi lemak dan teh tarik.
Name tag untuk beg.
Sementara menunggu flight, makan ramai2 apa yang ada.
Roti ke, serunding ke, biskut ke..makanmacam ni seronok gak.
Flight Cathay Pacific MH 9721 ke Kuala Lumpur jam 3.45 pm.
Penang group.
Merah menyala u...semangat pun menyala dan membara.
Tahniah kepada semua yang layak ke Hong Kong.
Melayan movie sepanjang penerbangan selama 4 jam di atas flight.

Dah nak sampai KL.
Kejap lagi boleh lepaskan rindu kepada makanan kesukaan ku nasi lemak.
Kami tiba di KLIA pada jam 8 malam, menunggu bagasi lebih kurang sejam.
Aku balik dengan teksi tetapi sebelum itu aku singgah restoran makan nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
Hampir jam 11 malam baru kami sampai di rumah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.