Saturday, June 4, 2011

Tahlil Untuk Allahyarham Kunaini


Salam Warga Taipan.
Masih dalam suasana berdukacita.
Masih sayu dan pilu.
Masih terharu.
Masih terkesan dengan pemergiannya.
Masih terasa dengan kehilangannya.
Masih terkejut dengan kematiannya.
Apakan daya...kuasa Allah tak mampu kita menghalangnya.

Allahyarham Kunaini Bohri, 27 tahun selamat bersemadi di pusaranya
di Kampung Tuie Pusak Sarawak.
Pergi untuk selama2nya.
Pergi tak kembali.
Selamat bersemadi adikku.
Kami hanya mendokanmu.

Majlis tahlil berjalan serentak malam tadi di tiga tempat
untuk Allahyarham Kunaini.
Iaitu di rumah ibunua di Kg Tuie Pusak Sarawak,
di rumah keluarga DSM Wada tempat Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dan di TTC 1 USJ 9,
yang menjadi centre AT 181 yang sangat
dikasihi oleh arwah Kunaini.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang melengkapi nikmatNya dan membalas limpah kurniaNya.
Ya Allah, selawat dan sejahtera kepada Penghulu kami, Nabi Muhammad SAW
sebagai rahmat, dengannya Engkau selamatkan kami daripada segala ketakutan dan kerosakan.
Dan Engkau sampaikan semua hajat kami.
Dan Engkau angkatkan kami melaluinya di sisi Engkau setinggi2 darjat.
Dan Engkau sampaikan kepada kami kesudahan tujuan daripada segala kebajikan sepanjang hayat dan sesudah kami mati.

Maha Suci Engkau,
Tidak dapat kami menghitung banyaknya pujian kepada Engkau,
sebagaimana pujian kepada zat Engkau.
UntukMu segala pujian sebelum diredai dan untukMu juga segala
pujian sehingga Engkau reda.

Ya Allah cucurilah rahmat dan sejahtera sehingga kesudahan
mati kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah,
Jadikanlah dan sampaikanlah dan terimalah pahala yang telah
dibaca daripada AlQuran yang sangat besar.
Dan apa saja yang ditahlilkan daripada
kalimah Laa Ilaaha-ill-Allah
dan sesuatu yang kami sebytkan daripadaMu Ya Allah.
Dan sesuatu yang telah kami selawatkan kepada
Nabi Muhammad SAW.
Pada saat yang berkat ini sebagai hadiah daripada kami.
Dan rahmat dari Engkau yang mencucuri dan keberkatan yang tinggi.
Dan sedekah yang terdahulu untuk Hadrat penghulu Kami
Rasulullah Muhammad bin abdullah, isteri2nya, keluarganya dan sahabat2nya.

Ya Allah, jadikanlah pahala serta sokongan yang lebih dan kebajikan Engkau hadiahkan kepada roh mereka yang telah dihimpunkan di sini.
Dan khasnya kepada roh
ALLAHYARHAM KUNAINI BIN BOHRI
daripada asal kehidupannya sehingga sesidah tamat kematiannya.

Sampaikanlah dan gandakanlah kebaikan darinya.
Rahmatilah dan redalah kehidupannya sehingga ke syurga.
Ampunkanlah dia dan rahmatilah dia dengan setinggi2 rahmatMu disisinya.

Ya Allah,
Ampunkanlah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah dia.
Kemudian pahala seperti itu dihadiahkan kepada roh ibu bapanya, saudara kandungnya, saudara maranya, dan setiap sahabat dan kenalannya serta seluruh muslimin.

Ya Allah, yang Maha memberi keberkatan
Yang Maha memberi kebaikan
Yang Maha memberi nikmat
Yang menjadikan langit dan bumi
Yang menjadikan langit dan bumi
Ya Allah
Pindahkanlah roh
|ALLAHYARHAM KUNAINI BOHRI

daripada kesempitan kubur dan liang lahad
kepada syurga Al Khulud.
Ya Allah, yang Maha memberi rahmat.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam.
Amin Ya Rabbal Alamin.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.