Thank You!
Terima kasih!
Penghargaan kepada semua yang melayari blog ini.
Setiap hari antara 50 hingga 120 orang melayari perkongsian ku di ruangan ini.
Ada harinya sehingga 350 orang membaca blog ini.
Aku amat menghargai semua sokongan anda.
Jom jadilah followers.
Aku lebih2 menghargainya.
Aku hanya berkongsi sahaja.
Bagaimana aku bermula.
Bagaimana aku buat.
Bagaimana aku mencari ilmu.
Bagaimana aku belajar untuk berjaya.
Bagaimana aku jatuh.
Bagaimana aku bangkit.
Bagaimana aku berjuang.
Bagaimana aku berjaya.
Bagaimana aku dijulang.
Bagaimana aku menghadapi hentaman.
Bagaimana aku menghadapi penolakan.
Bagaimana aku dikecam.
Bagaimana aku menghadapi saat sukar dan saat senang.
Semuanya aku kongsikan.
Terima kasih kepada mentor dan idolaku CDM Kartini dan CDM Kamaruddin.
Yang tidak pernah tahu erti jemu dalam memberi ilmu.
Yang tidak pernah kenal erti susah dalam menyenangkan orang lain.
Segalanya sangat tulus.
Terima kasih kepada suami CDM Dzul, meski tak banyak cakap
tetapi dia banyak mendengar.
Tidak pernah berkata buruk kepada orang lain.
Apa lagi bersangka jahat kepada sesiapa sahaja.
Hatinya sangat baik.
Daripadanya aku banyak belajar, menjadikan aku lebih kuat.
Terima kasih kepada semua rakan kongsiku, yang tidak pernah berbelah bagi memberikan sokongan kepada ku sepanjang 9 tahun dalam perniagaan ini.
Tanpa anda semua, aku bukan sesiapa.
Terima kasih kepada semua sideline.
Kekuatan anda menjadi kekuatan untuk ku jua.
Kepada semua yang melayari blog ini, terutama warga Taipan,
bukan niatku untuk mengajar.
Hanya berkongsi sahaja.
Ambillah mana yang baik, ketepikan mana yang buruk.
Kerana aku manusia biasa yang serba tidak sempurna.
Aku sedar, bukan semua suka kepada apa yang aku kongsikan di ruangan ini.
Aku memahaminya.
Terima kasih juga.
Ada waktu, kerana kebencian anda menjadi pemangkin yang terus membakar semangat
kental ku untuk terus berlari kencang dalam perjuangan ini.
Apakan daya,manusia itu berbeda2.
Cita2 dan hala tuju kita juga berbeda.
Aku amat mengerti.
Yang pasti, aku yakin tentang setiap langkahku mendapat reda Ilahi.
Dan aku tidak perlu bertanya kepada orang lain untuk berjaya.
Kerana sikap masyarakat di luar sana terutama bangsa ku sendiri
yang masih tidak senang dengan kejayaan orang lain.
Berikanlah yang terbaik untuk orang lain.
Itu bermakna anda memberi yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Aku mahu memberikan yang terbaik untuk anda semua.
Kerana itu bermakna aku memberikan yang terbaik untuk diri ku sendiri.
Salam.
Terima kasih.
016 2212181. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.