Thursday, June 16, 2011

Nak Jadi Macam Dia

Salam.
Aku tak ada demo hari ni.
Sebenarnya ada satu di KL, tapi aku tarpaksa tangguhkan
selepas kembali dari Hong Kong.
Semuanya kerana urusan nak ke Hong Kong.

Hari ni nak gi money changer, nak packing barang2, dua beg lak tu maklum
kami berempat orang. Petang pulak nak gi beli kasut Aisyah dan Irah.
Malam pula dah janji dengan Aisyah dan Irah
nak gi kedai buku Popular IOI Mall untuk beli buku sebagi bekalan
sepanjang perjalanan ke Hong Kong.
Mereka berdua memang ulat buku, terutamanya Aisyah.
Hubby pun ulat buku cuma aku je ulat handbag, ulat hiasan rumah
dan ulat jam tangan....kwang kwang kwang.

Esok subuh2 aku ke airport, nak pulang ke Kelantan, ank saudara kahwin.
Aku hanya sempat hadir untuk majlis akad nikah je sahaja.
Majlis ke rumah pengantin perempuan pada sabtunya, aku dah ke Hong Kong.

Tak apalah, aku doakan yang terbaik untuk
Muhammad Arif Mohd Shukri dan isterinya.
Selamat Pengantin Baru.


Tiba2 tertengok gambar ni.
kat page blog aku ni.
Kelakar tul...kurusnya darling aku, perut tak ada langsung.
Muda lagi waktu tu...
kenangan tak dilupa.
Gambar dirakamkan ketika melawat Shanghai Januari 2004.
Destinasi pertama hanya selepas 3 bulan bersama perniagaan ni.

Kali pertama gi oversea u... ha ha ha.
Kali pertama ada pasport antarabangsa.
Kali pertama berjalan jauh.
Kali pertama keluar negara.
Macam orang utan lagaknya.
Macam nak terbalik dunia..perasaan aku la.
Maklum sebelum tu dok kat Malaysia je.
Jauh2pun ke Langkawi je.
Kerap sikit gi melancong ke Ayer Keroh Melaka sambil tengok buaya.
Yang lebih kerap...pulang ke desa tercinta.
Macam lagu DJ Dave tu...ha ha ha.

Masa kat Shanghai tu, aku rasa yang amat kagum dengan sorang CDM wanita ni.
Hebatnya dia.
Apa yang hebatnya dia tu?
Cuba cite sikit.

Lagak dan gayanya dipandang orang, pakaiannya menjadi ikutan.
Pendapatannya disebut2 orang, keretanya yang besar tu diceritakan mulut ke mulut,
groupnya yang besar tu menjadi bahan cerita, hebatnya dia membina busines
disebut2 oleh orang2 Hai O. Kepimpinannya menjadi bahan cerita.
Groupnya ramai yang datang ke Shanghai.Tiga bas kalau tak silap aku.
Mak oooiiii, macam manalah dia jadi hebat sedemikian rupa.

Aku ni datang dua ketul je dengan hubby.
Tak ada aku bawa ketul2 lain macam CDM tu.
Aku nak jadi hebat macam CDM tu.
Aku nak buat network besar.
Aku pun nak bina empayar network besar macam dia.
Aku nak bawa ramai rakan kongsi untuk trip yang akan datang.

Eesssihhh...tak boleh jadi.
Pulang ke Malaysia nanti aku mesti bekerja kuat.
Aku mesti jadi macam dia.
Aku mesti jadi pemimpin hebat.
Aku mesti pakai kereta macam dia.
Aku mesti mendapat dapatan lima angka enam angka macam dia.
Aku kena bina network besar macam dia.
Aku nak bina rumah besar macam dia.

Macam mana nak jadi macam dia???
Kenalah tiru dia.
Kenalah rajin berjumpa orang.
Hari2 kena berjumpa.
Hari2 kena demo.
Walaupun buat secara sambilan, tetapi tak boleh buat secara  sambil lewa.
Kena sungguh2.
kena excited.
Kena serius.
Kena ada ilmu.
Kena rajin belajar dan bertanya.
Kena ada mentor.
Kena bertindak.
Kena gigih.
Tak boleh putus asa.
Kena sabar membina kejayaan.
Kena positif.
Kena ada kemahuan besar untuk berjaya.
Kemahuan mesti dari dalam diri sendiri.
Tak perlu tunggu upline ketuk.
Jangan bagi alasan.
Kena bagi komitmen.

Jangan fikir yang remeh kena fikir yang agenda utama.
Jangan fikir negatif kena fikir positif.
Jangan fikir susah kena fikir mudah.
Jangan bagi dalih kena kata boleh.
Jangan mengalah kena teruskan.
Jangan berkira kena pemurah.
Jangan kedekut ilmu kena berkong ilmu.
Jangan fikir diri sendiri kena fikir semua.
Jangan main hati kena besar hati.
Jangan tunjuk pandai tetapi kena pandai ikut.
Jangan sombong diri tetapi kena merendah diri.
Jangan acmpur adukkan kena fokus.

Ooooo...macam tu.
Maka aku buat sedikit demi sedikit perubahan.
Belajar setiap hari.
Meeeting tak boleh tinggal.
Hari2 aku fokus.
Hari2 aku bina.

Hasilnya bagaimana?
Pada bulan Mac 2004, pendapatan kunaik kepada lima angka.
RM15 000 lebih aku dapat.
Hidup mulai berubah.
Group mulai berkembang.
Pelanggan ku semakin ramai.
Kereta dah bertukar dari Wira kepada Camry.
Dan yang paling best...Mac 2004 aku hantar surat Cuti Tanpa Gaji untuk aku fight pangkat CDM.
Aku mahu mencuba bekerja sendiri.
Bukan tak mahu  menjadi kuli batak lagi.
Aku mahu menjadi Boss kepada diri ku sendiri.

Itulah dia.
Semua kemahuan  dan impian yang lebih besar itu
datang selepas aku layak trip pertama ke Shanghai 2004 itu.

Anda bagaimana?
Ada impian?
Mahu berubah?
Bertindaklah sebagaimana tindakan yang aku coretkan di ruanagan ini.
Bagi yang belum mencuba, mehlah berjumpa.
Aku berkongsi sahaja.
Boleh call...mana tahu rezeki anda di sini bersama ku???
Call ya...016 2212181.

OKlah ya... lepas ni aku nak ke KL, nak tukar duit untuk ke Hong Kong.
Jumpa lagi ya.
Ta ta.
TA TI TU...







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.