Friday, June 3, 2011

Doa Mengiringi PemergianMu

Inilah Keranda jenazah Arwah DDM Kunaini
ketika dibawa dengan van jenazah untuk dibawa pulang
ke kampungnya di Pusak.
Jam 4.30 petang semalam, jenazahnya sempurna dimandi
dan disembahyangkan di hospital Kuching.
Setelah itu terus dibawa pulang ke kampungnya.
Jarak Kg Pusak dengan Kuching lebih kurang 5 jam perjalanan.
Setibanya di Pekan Pusak, jenazah akan diusung menaiki perahu pula
yang mengambil masa
satu jam perjalanan sungai.
Setibanya di jeti di kampungnya, jenazah akan dibawa pula dengan
van dan mengambil masa lebih kurang 45 minit sebelum
tiba di kawasan rumah arwah.
Memang jauh perjalanannya.
Jenazahnya dijangka akan dikebumikan seawal pagi esok.
Sudah demikian kehendak Allah SWT ke atas perjalanan hidup
Arwah DDM Kunaini.

Semoga rohmu disatukan di kalangan orang2 yang baik dik.
Kerana sememangnya dirimu seorang yang baik.
Doa kami mengiringi perjalanan terakhirmu.

Adik beradikmu juga mendokanmu.
Mereka meredakan pemergianmu.
Mereka telah memaafkan segala kesilapanmu.
Ibumu telah mengampunkanmu.
Ibumu reda dengan kehilanganmu.
Ibumu mendokan syurga untukmu.

Uplinemu CDM Asiah dan DSM Wada turut mengiringi
perjalanan terakhirmu.
Mereka setia mengasihimu.
Maafkan kami kerana tidak dapat mengiringi perjalanan terakhirmu.
Bagaimanapun, sesaat tidak lupa bahawa butiran tasbih, tahmid dan doa serta
ayat2 suci mengiringi pemergianmu.
 Kami semua mendokan yang terbaik untukmu.
Pasti tempat yang terbaik Allah sediakan ganjaran untukmu.

Kami kehilangmu.
Tiada lagi senda guraumu.
Tiada lagi semangat juangmu.
Tiada lagi kekentalan jiwamu.
Tiada lagi getar suara hebatmu.
Tiada lagi sebutir  bintang dalam kumpulan ini.
Ketiadaanmu begitu terkesan sekali.

 Allah amat menyayangimu.
Allah amat mengasihimu.
Allah sediakan yang terbaik untukmu.
Selamat bersemadi adikku.

AL FATIHAH
ALLAHYARHAM DDM KUNAINI BOHRI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.