Wednesday, June 22, 2011

Hong Kong 2

Salam bahagia, berjumpa lagi.4 hari tidak berada bersama anda semua.
Rindu hati Allah sahaja yang tahu.
Apa kan daya. Keadaan tidak mengizinkan.
Aku cuba untuk mendapatkan service internet sepanjang di sana,
tetapi gagal walaupun sudah bayar kepada pihak hotel.
Tak apalah, alhamdulillah kembali bersua.

Terima kasih kerana masih setia melayari blog ini walaupun aku tiada di KL selama 4 hari.
Malam tadi jam 11.15 baru aku tiba di rumah setelah singgah makan roti canai, nasi lemak dan teh tarik
di Bandar Kinrara berhampiran rumahku.Rindunya dengan masakan Malaysia.
Hari ni nak makan  singgang ikan dan budu.
Sapa nak ikut, jomlah kat Restoran Tuan Hassan ayam Kampung kat
Hentian Rehat Awan Besar Kesas Highway.

Sabtu hari tu, jam 6 pagi kami sekeluarga dah tiba di KLIA.
Dah ramai warga Taipan di airport tu.
Wow meriahnya...
Aku dan keluarga dibahagikan kepada kumpulan D3.
Ada D1 dan D2.
Kumpulan C1, C2 dan C3 pun bertolak Sabtu, cuma mereka dengan penerbangan MAS.
Kami dengan penerbangan Cathay Pasific.
Dah dapat jadual penerbangan, bording pass, jadual di Hong Kong, beg sandang,
dan lain2.
Seronoknya anak2, excited bukan main lagi.
Sorry ya Kak Aimi dan Adib, kali ni giliran untuk Irah dan Aisyah pulak berjalan.
Lagi pun mereka tak ada di rumah pun, Aimi kat Melaka, dan
Adib di Cairo.
Kat rumah siapa pun tak ada.
Tuah pun masuk hostel selama 5 hari.
Bye bye Tuah.
CDM Kak Ina, DSM Halilah, CDM Siti Rahmah, CDM Haryati dan DSM Nazli.
Waah cantiknya...biru.
Masing2 pegang jadual perjalanan di Hong Kong nanti.
Bukan budak2 je yang seronok.
Mak dan ayah budak pun seronok.
Lagi2 semua free, sapa yang tak seronok.
Lepas ni trip ke Holland, Belgium/Umrah lak.
Jangan tengok saja. Orang lain giler2 buat siang malam tak berhenti buat berniaga.
Kita dok terkedek2 beri macam2 alasan.
Nanti dapat jumpa Mickey kat Disneyland...wowwww
Bye bye CDM Syed...
Cikgu Farah...tinggallah sekolah tiga hari ya.
Nak gi cari Mickey kat Hong Kong, boleh bawa balik untuk anak2 murid nanti.

Tiga budak kenit ni...gaya mereka selalu menarik perhatian.
terutamanya Dania...keletahnya memang menghiburkan.
Anak2 Mami dari Penang...Tahniah pejuang2 hebat Penang.
CDM Maidah, CDM Siti Rahmah dan CDM Kalsom dari KK.
Balik ni semangat luar biasa untuk berusaha meletakkan kembali Taipan Sabah di mercu gemilang
seperti yang pernah dicipta sebelum ini.
Inilah antara pejuang terbilang yang setia kepada perjuangan.
Pahit manis, hitam putih kehidupan sebagai pejuang akan menjadi pengajaran untuk meneruskan langkah.
Tidak sedikit gentar dengan segala cabaran.
Semangat Malaysia boleh!!!
Mana mungkin menyerah kalah.
Mana mungkin akan mengalah.
Tetap berjuang selagi hayat di kandung badan.

CDM Muhammad Razali dan CDM Syed menghantar deligasi Taipan di KLIA.
Makbul ditutup 4 hari ya.
Dalam air train menuju ke gate C37 untuk menaiki pesawat Cathay Pasific menuju Hong Kong.
Tahniah Cik Lee...nk gi tengok Bruce Lee dan Jackie Chan kat sana.
Manalah tahu kot2 jumpa.
Sentiasa berdua...cun gitu.
CDM Iskandar dan anak bujangnya Iqraa
Anak abah..
CDM Kartini dan CDM Norita.
Kali kedua melancong ke Hong Kong bagi CDM Kartini.
Kali pertama membawa anak2, pergi sendiri.
Kali ini percuma bersama group...wow jauh beza dengan trip yang diuruskan oleh syarikat.
FOC semuanya.
Dilayan bagai VIP. Kita tak perlu fikir apa2.
Semuanya tersedia diuruskan dengan sempurna.
DSM Maslinda dan DSM Rohaliza.
Kali pertama melancong bersama Hai O.
Pasti ia akan memberi impak yang besar kepada business masing2
selepas kembali nanti.
YESS....Holland/Umrah pasti tidak akan dilepaskan.
Tiba di airport Hong Kong setelah 4 jam dalam penerbangan.
Penat tetapi seronok.
Imegresen di airport agak lambat. Lebih sejam baru selesai.
Rasanya sistem di KLIA lebih baik.Cepat dan pantas.
Malaysia Boleh!!
Taipan Boleh!!
Hai O....excellent achiever
Tempat kami menginap.
Ada 77 tingkat dengan 1000 bilik.
Kos satu malam RM2000 lebih kurang.
Wow...mana bisa jika tidak bersama syarikat ini.
nanti aku tunjukkan biliknya.
Welcome to Hong Kong
Jam 4.30 petang baru boleh check in hotel.
Maklum, rombongan besar dan ramai.
Seronok dan happy..busines yang paling menyeronokkan.
Seluruh dunia aku sampai dengan perniagaan ini
.Suatu tawaran terbaik yang tidak patut dilepaskan.
Tetapi sayang, bukan semua orang mendapat rezeki seperti yang aku dapat.
Ada setengahnya, mati sebelum berjuang, ada setengahnya terkulai dalam perjuangan, dan ada juga
yang layu terhumban setelah di puncak jaya.
Aku yang tidak pernah tewas, terus mencipta kejayaan.
Tidak berhenti berusaha untuk memberi yang terbaik untuk rakan niaga seluruh negara.
Semangat tidak pernah luntur, impian tidak pernah berkubur dan cita2 tidak pernah kendur.
Sentiasa bersemangat.
Aisyah kata, dia nak cuti sekolah sampai Oktober untuk sama2 fight ke Holland.
Tak boleh jadi, asyik mama dan abah je yang pergi.
Kali ni dia akan ikut semua trip Hai O.
Budak pun tahu....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.