Wednesday, June 22, 2011

Hong Kong 3

Salam.
Kali ini aku mahu share dengan pembaca tentang L'hotel tempat kami menginap
selama 4 hari tiga malam sepanjang trip ke Hong Kong.
Hong Kong sebuah negara umpama Singapore.
Tanahnya sangat mahal.
Ia mempunyai banyak pulau.
Aktiviti ekonomi paling utama di Hong Kong ialah kewangan.
Kedua ialah pelabuhan eksport dan import.
Taraf hidupnya sangat tinggi.
Tanah di Hong Kong sangat mahal, menjangkau 2000 dollar Hong Kong untuk sekaki persegi.

Kami tiba di hotel L'hotel pada jam lebih kurang jam 4 petang.
Tetapi kerana rombongan yang ramai, jam 4.45 petang baru boleh check in.
L'hotel

Inilah bangunan L'hotel.
Mempunyai 77 tingkat dengan 1000 buah bilik.
Kos yang dibayar untuk sebuah bilik ialah RM2000
atau 4000 dollar Hong Kong.
Hotelnya sangat selesa. Kami ditempatkan dibilik 4809 dan 4810 untuk Irah dan Aisyah di tingkat 48.
Kami perlu menggunakan dua lif untuk sampai ke tingkat 48.

Selamat Datang ke Hong Kong
Kehadiran deligasi Hai O disambut dengan paparan skrin besar pada dinding hotel.
Dua buah katil besar untuk setiap bilik.
RM2000 semalaman tidak mampu aku menginap di hotel sehebat ini jika tidak bersama Hai O.
Anda bagaimana? Tentu sama kan!
Bilik Irah dan Aisyah no 4810 dan bilik aku no 4809.
sebelah menyebelah.
Senang nak tengok apa2 yang patut.
Anak2 happy sangat menginap di bilik ni.
Maklum hotel mewah.
sudut berhampiran tingkap.

Bilik air yang selesa dan mewah.
Tab mandi dilihat dari bilik air, cermin boleh terus pandang ke luar bilik.
Mak oiiii, tutuplah dengan curtain ya.
Jika tidak nampak semuanya.
Special gituuuu...
Dari lobi di tingkat 41 sebelum bertukar lif kedua untuk ke tingkat 48.
Pandangan dari tingkat 41 dari lobi ke luar.
Salah satu pandangan di Hong Kong.
Sangat teruja.
Cantiknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.