Thursday, June 9, 2011

Apa Nak Bawa?


Seronoknya.
Tak lama lagi nak gi holiday.
Disneyland Hong Kong, bermula 18 Jun hingga 22 Jun 2011.
Ini entah kali ke berapa makan angin percuma.
Rasanya dah lebih 25 destinasi aku berjalan seluruh dunia sejak
9 tahun bersama Hai O.
Siapa nak ikut? Lepas ni ke UMrah/ Holland dan Belgium
menanti kita semua.
Siapa berminat nak melancong percuma,
boleh call saya 016 2212181.

Kali ni lagi seronok sebab dapat membawa anak2 iaitu
Irah dan Aishah bersama2.
Ada juga beberapa CDM lain yang membawa anak2 mereka bersama.
CDM Haryati dan CDM kepten Jai membawa Dania dan Sofia.
CDM Fitri dan DDM Ayu pula membawa Arfan anak sulung mereka.

Ramai yang dah mula bersiap2 barang2 keperluan mereka.
baguslah. dengarnya seramai 700 orang akan menyertai trip ini.
Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan A, B, C dan D.
Group Taipan ialah kumpulan D.

Apa persediaan yang mesti dibuat?
Ini perkongsian sahaja, terutama untuk orang baru yang kali pertama dapat melancong bersama Hai O.
Beg besar untuk pakaian dan barangan keperluan lainnya.
Aku membawa dua beg besar untuk kami berempat orang.
Jika sorang je pergi,boleh bawa beg dengan saiz yang sesuai.
Tak perlu membawa pakaian yang terlalu banyak.
selalunya jika membawa pakaian yang banyakpun, tak digunakan.
Lebih baik membawa yang separuh kosong untuk diisi dengan barang2
yang kita shoping kat sana.
Beg sandang juga perlu dibawa untuk memasukkan pasport, dompet,
kamera, barangan kebersihan diri seperti berus gigi, ubat gigi, small tower, wet tissue
dan lain2.
Pelbagai gaya beg sandang ada dijual di pasaran.
Boleh pilih mana satu yang berkenan.
Bagi wanita, hand bag tidak sesuai dibawa untuk trip berjalan.
Tetapi travel bag banyak ada dijual.
Pilih sahaja mana yang berkenan.
Macam2 jenama ada di pasaran.
Yang mahal ada yang murah pun ada.
Stokin boleh bawa dua tiga pasang atau sehari untuk sepasang.
Sepanjang di sana, setiap hari memang berjalan je.
Jadi memakai stokin adalah langkah yang bijak untuk mengelakkan kaki
daripada sakit atau melecet.
High hill tidak sesuai.Jadi sediakan sepasang kasut untuk travel.
Sebaiknya tapak yang rata dan tidak panas.
Cuasa dan suhu di Hong Kong lebih kurang sama dengan cuaca di negara kita.
Belilah kasut yang tahan lama dan berkualiti supaya tidak mudah rosak.
Untuk lelaki. Sports shoes pun boleh juga.
Sesuai untuk kaki yang lebih selesa.
Sunglasses. Jika tidak mata cepat sakit dan berair.
Jika perlu bawalah topi supaya kita lebih selesa di bawah panas mentari.
Macam2 topi ada di jual di pasaran.
yang penting selesa dengan kita.
Di sana pun ada banyak topi yang dijual dengan pelbagai gaya dan jenama.
Bawa duit banyak2 agar kita tidak kempunan.
Barang2 personal care seperti ubat gigi, berus gigi, sikat, towel, tisu, losyen,
skin care, syampoo dan lain2 barang keperluan.
Jangan lupa bawalah ubat2an seperti panadol, ubat batuk atau ubat demam
dan minyak urut.
Malang tidak berbau.
Selalunya memang ada gunanya.
Jika kita yang sihat, rakan2 yang sama2 serombongan yang tak sihat.
Aku ingat lagi ketika trip ke Beijing tahun 2005 dulu,
DSM Junaidah sampai masuk hospital kerana demam panas.
Bagi wanita terutamanya, jangan lupa keperluan untuk beribadah.
Bawalah telekung di dalam beg sandang anda.
Di mana pun kita berada, sujudlah kepada Allah.
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkatiNya.
Ooopppssss...jangan lupa untuk merakamkan kenangan indah sepanjang perjalanan
kita selama 4 hari di Hong Kong.
Mungkin ini kali pertama dan terakhir kita datang ke sana.
Bawalah kamera pilihan hati anda.
kerana Hong Konglah aku beli kamera baru Nikon D90 berharga hampir 4 ribu.
Balik nanti boleh tunjuk kepada saudara mara dan rakan2 bukti
kejayaan kita bersama Akademi Taipan 181.
Gambar2 tu kena framekan cantik2 letak kat atas meja di pejabat atau masukkan dalam fail penajaan anda.
Jangan lupa handphone kesayangan anda.
Tetapi ingat, registerlah dengan rooming dahulu untuk panggilan antarabangsa.
Jika tidak tak boleh guna daaaaa....
Ini pakaian Irah dan Aisyah yang aku belikan sempena trip ke
Hong Kong.
Sedondong gitu.
Hari pertama...biru turkuaz
Hari kedua...merah
Hari ketiga...hijau
hari keempat...purple
Untuk Aisyah...bukan main seronok lagi mereka.
Asyik membilang hari je.
Sepanjang aku berjalan dengan Hai O, tak pernah aku tak bawa makanan.
Tambahan2 aku jenis tak lalu nak makan makanan luar negara.
Satu beg besar aku bawa makanan.
Nak bawa apa ya?
Serunding daging, sambal bilis, telur masin yang siap direbus, nasi impit,
minuman 3 in one, maggi, roti,jem, kaya, biskut,
kekacang dan segala mak nenek selagi boleh bawa.
Satu beg penuh dengan makanan kering.
Sampai sana memang rindu nak makan ni semua.
Paling dirindui ialah nasi lemak dan teh tarik.
Sampai kat airport lepas balik nanti, selalunya aku pekena dulu nasi lemak
dengan teh tarik di KLIA. Lepas tu baru balik rumah.
Memang seronok...atas flight makan sama2, atas bas makan sama2,
dalam bilik pun makan sama2.

Jangan lupa pasport antarabangsa anda.
Jangan tercicir.
Dan wang belanja anda yang siap ditukar kat money changer.
Berapa nak bawa? RM1000? RM2000? RM3000? RM5000?
Wang Hong Kong sama je nilainya dengan wang Malaysia.
Berapa2lah yang dirasakan cukup untuk shoping.
Nak shoping banyak ke? Bawalah banyak jika nak shoping banyak.
Jika tak bawa pun tak apa, semua perbelanjaan telah ditanggung beres oleh syarikat.

Bolehlah buat persiapan sekarang. Supaya tak kecoh di saat2 akhir ya.
JUMPA ANDA SEMUA DI HONG KONG.

Jika berminat untuk trip seterusnya iaitu
UMRAH/BELGIUM DAN HOLLAND,
boleh call saya 016 2212181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.