Salam.
Hari ketiga di Hong Kong.
Kami dibawa berorientasi sekeliling Kota Hong Kong.
Agenda paling utama ialah Lady's Market untuk shopping menyopping.
Maaf bahasa lintang pukang.
Tetapi sebelum itu kami dibawa ke
Tse Sui Luen Jewellery Co. Ltd.
G/F, Summit Building, 30 Man Yue Street,
Kowloon Hong Kong.
|
Gelang tangan emas...cantik tetapi sebelum menjadi sedemikian rupa, emas itu taknampak cantik langsung.
malahan bagaikan tiada makna.
Tetapi apabila dibentuk, dicanai dan diukir, maka nilainya melonjak tinggi.
Ia menjadi barang perhiasan kegilaan semua wanita. |
|
Pertukangan emas..kemahiran tinggi.
Kerjanya rumit dan memerlukan ketekunan yang cukup teliti.
Tetapi tidak tidak istilah tak boleh atau susah..."alah bisa tegal biasa".
Lelaki ini sudah 21 tahun bertukang emas, tidak ada yang susah lagi.
Semuanya dibuat dengan penuh minat. |
|
CDM Kamaruddin di sisi gambar founder TSL Jewellery.
Ditubuhkan sejak 1971 dan kini disenaraikan di The Stock Exchange Of Hong Kong Limited sejak 1987.
Kini TSL mempunyai 190 buah outlets di seluruh Asia.
Asalnya bermula dengan kecil2an.
Usaha dan gigih secara berterusan menjadikan TSL terus berkembang
sehingga ke tahap antarabangsa.
Tidak ada senang datang dengan senang.
Inilah perniagaan.
Semuanya memerlukan kegigihan, ketekunan, usaha yang berterusan, berani bertindak,
bijaksana, tidak berputus asa dan kesanggupan untuk berkorban, barulah ia membuahkan kejayaan dan
memberikan hasil yang lama serta berpanjangan. |
|
|
|
|
Selepas itu kami dibawa ke butik Jam tangan PDW Swiss.
Mak oiii cantik2nya.
Waktu ke Switzerland hari tu, aku dah beli tiga buah jam tangan.
Kali ni tak adalah beli lagi.
Tapi layan je lah, menjamu mata.
impian tetap ada.
|
|
CDM Norita..tak beli ke?
Bergambar je?
Besarnya jam, cantiklah tu.
Ramai orang boleh memiliki jam yang mahal, tetapi bukan semua orang tahu menilai masa
yang lebih bernilai daripada emas itu.
Rata2 yang memakai jam tidak menepati waktu.
Maaf lah ya...mungkin termasuk aku juga lah tu.
Tak kata kat sapa2 pun.
|
|
Jenama Omega.
CDM Kuyah bergaya kat dinding Omega. |
|
Bergaya dengan jam tangan masing2 di depan Butik PDW Swiss.
Hu hu hu...jam tangan yang ada kat tangan tu bukan beli kat Hong Kong tetapi beli kat tempat lain.
Maaf lah ya..bergaya je. Tak salah kan!
|
|
Bas kami dibawa singgah di tepi tasik untuk bergambar.
latar belakang bandar Hong Kong.
CDM Maidah...seorang usahawan hebat dari KK.
Sekolahnya tak tinggi, bekerja pun tidak.
Dulu macam2 buat business tetapi tidak ke mana2.
Hanya bersama AT 181 baru masuk tahun kedua sahaja tetapi u tau...???
Sudah enam negara atau destinasi melancong secara percuma sahaja
iaitu Hong Kong, Perth, umrah, Switzerland, Beijing dan Tokyo.
Alamak,,, rugi siapa buat sekerat jalan, lebih rugi buat tak bersungguh2.
"Saya pasti akan sampai ke Holland, Belgium Kak Faridah".
"Di Hai O, ia sungguh berbeza.".
Kata CDM Maidah lagi.
Orang2 Sabah, bolehlah menghubungi CDM Maidah di hpnya iaitu 013 8534708.
Jom kita gapai impian bersama2.
|
|
Kami juga singgah mengambil foto
di Golden Bauhinia Square.
Salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong bergambar di Hong Kong. |
|
Irah, ponteng sekolah dua hari untuk bersama trip ke Hong Kong.
Nampaknya dah merengek2 minta bawa ke Holland pula.
Aku kata "Yes, mama pasti pergi".
|
|
Aisyah, Sofea dan Dania...jika mood baik, seronoklah mereka bertiga.
senyum dan pandai bergaya apabila diambil fotonya.
Tetapi apabila penat...ragamnya boleh tahan.
Aisyah pun dah merayu2 minta bawa dia ke Holland nanti.
Katanya dia pun dah pakat dengan Sofea.
Setiap kali nak ke sekolah sebelum naik WST 181, dia pesan dengan aku...
"Mama, buat betul2 tau, hari ni ada meeting atau demo kat mana? Mama mesti bawa Aisyah ke Holland tau".
|
|
Pandai bergaya Dania ni.
Tengoklah pulak siapa umminya.
Pandai bergaya, anak ikutlah
Dania juga seorang yang berani..
Dania pandai bergaya macam umminya, dia juga berani macam papanya.
|
|
Dania, sentiasa menghiburkan hati.
Dalam bas, berebut nak duduk dengan kak Irah.
Irah suka melayan Dania dan Sofea.
Cun cun cun..."Dania dan Sofea anak angkat mama kan?"
kata Irah. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.