Friday, June 24, 2011

Hong Kong 10...Lady's Market


Jam 2.45 petang baru kami dibawa ke Lady's Market.
Punyalah lama baru  boleh shopping.
Dibawa pusing seluruh Hong kong, singgah sana singgah sini, bergambar sana bergambar sini 
sebelum tiba di lady's market.
Masa yang diperuntukkan untuk shopping hanya dua setengah jam.
Laaa...mana cukup? Sekejapnya masa shopping.
nak tengoknya banyak, nak cari souvenir lagi, nak cari T Shirt lagi, nak cari kasut lagi,
Irah dan Aisyah macam2 nak beli untuk cikgu dan kawan2 dia lagi.

Berkunjung ke Lady's market, aku dapat belajar banyak perkara.
Yang special, apabila kita dah tanya barangan yang dijual, tawar menawar berlaku dan
yang pasti mereka berjaya membuat penjualan.
Barang bertukar dengan wang.
Sekali2 tidak akan mereka lepaskan.
Pujuk memujuk, tawar menawar, rayu merayu antar pembeli dan penjual.
Setelah itu mesti close.

Sebuah kedai kasut yang kami masuk.
Beli sepasang untuk Aisyah 340 HKD.
Mencari barang yang berkenan.
Banyak terdapat souvenir, t shirt, pakaian kanak2, selipar, kasut, barangan hiasan rumah,
barangan hiasan diri,  dan pelbagai lagi.
sekali pandang macam petaling street.
Saling tak tumpah.

Kalkulator diberikan untuk tawar menawar.
Minta saja berapa harga yang dikehendaki, jika masih untung, pasti mereka akan beri.
Mesti pandai bargain.
Minta paling rendah punya.
Tawar menawar dan pujuk rayu mesti pandai.
Toys pun banyak...macam2 ada.
Pilih je yang mana suka.
Jika tak nak beli, jangan cuba tanya2.
Dah ditanya itu tandanya nak beli.
Harga boleh dirunding.
CDM Kartini memang pandai memujuk u...letak harga sampai paling rendah.
Pasti akan dapat harga yang dikehendaki.
Jangan tak beli, lagi mereka marah jika dah ditawar tak dibeli pula.
Bagi mereka...mesti close.
Terasa sangat kecilnya nilai wang RM.
Bukannya barang di Hong Kong tinggi harganya kecuali wang kita semakin kecil nilainya.
CDM Hamaka sedang tawar menawar.
Sampai marah2 Cina  Hong Kong tu kerana menawar harga terlalu rendah.
Aku sebenarnya nak ke factory outlets, tetapi rupanya dibawa ke Lady's market.
Sepanjang ke Hong Kong, kami tak berpeluang ke factory outlets seperti negara lain sebelum ini.
Tak apalah, selalu sangat dah shopping seluruh dunia.
So, beli jelah apa yang berkenan sepanjang 4 hari di sini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.