Thursday, June 2, 2011

Allahyarham DDM Kunaini...Abadi Bersemadi

Al Fatihah untuk Arwah DDM Kunaini.
Meruntun rasa jiwa ku.
Lemah seluruh urat saraf ku.
Terasa bagai hilang saudara kandung sendiri.
Aku pasti ibu dan adik beradiknya lebih2 lagi terasa kehilangannya.
Rasa rindu menggamit jiwa kaum kerabatnya.
Anak2 murid pasti meraung menangisi pemergian
guru kesayangan mereka.
Rakan2 setugas pasti merintih sayu atas kehilangan
teman sejawatan mereka.

Malam tadi entah jam berapa baru aku terlena.
Ingatan ku datang menerjah diri.
Terkenang segala kenangan bersama Arwah DDM Kunaini.
Teringat pula andai diri sendiri dijemput Yang Maha Esa ketika masih lena sebagaimana Arwah Kunaini.
Takutnya jika amalan tidak sebanyak mana.
Takutnya meremang segala bulu roma.
Andainya aku sendiri menjadi arwah pada saat ini,
ke manakah roh dan jasadku nanti?
Masyaallah, 70 kali sehari malaikat maut datang untuk memanggil pergi menemui Ilahi. Tetapi tidak jadi selagi belum tiba saatnya dibawa pergi.

Saat ini aku baru sahaja mendapat sms terkini tentang
Arwah DDM Kunaini dari hospital Kuching.
Jenazahnya sudah selesai dibedahsiasat.
Resultnya belum dapat.
Jenazah sedang dimandikan dan akan terus dibawa ke kampungnya di Pasak untuk disembahyangkan dan akan terus dikebumikan malam ini.
Arwah DDM Kunaini ketika menerima
Anugerah Tabung kereta daripada Hai O
pada Diamond Night Mac 2011 yang lalu.
Aku begitu bangga dengan kejayaan anak muda
yang berwawasan ini.
Hajatnya untuk menjulang pangkat CDM tidak kesampaian.
Dia pergi menyahut seruan Ilahi ketika dalam perjuangan.
Seorang usahawan yang sangat komited untuk meraih kejayaan.
Tidak pernah memberi alasan walaupun jalan2 kejayaannya
begitu sukar berbanding dengan orang lain.
Tinggal jauh di pedalaman Miri. Serba kekurangan dari aspek infrastruktur.
Nak ke Miri terpaksa melalui jalan balak.
Ada waktu bertemu gajah kerana itu juga laluan untuk haiwan itu.
Naik bot turun bot adalah perkara biasa ketika berdemo.
CDM dan mentor begitu jauh di KL.
Dua bulan atau tiga bulan sekali baru berjumpa dengan CDM dan mentornya.

Gambar di atas dirakamkan ketika hadir ke New Dimension Seminar
di Quality Hotel pada 1 Mei 2011 yang baru lalu.
Genap sebulan dengan tarikh pemergiannya
semalam 1 Jun 2011.
Sayu sekali...hanya hati yang mampu berkata2.
Tidak terucap lagi di bibir ini.
" Aku mulai merinduinya".
Gambar kenangan
ketika mengadakan program pengukuhan di
Kuching pada
Januari 2011 yang lalu.
Arwah tetap hadir walaupun jarak untuknya ke Kuching
mengambil masa 12 jam perjalanan darat
dengan keadaan jalan yang buruk serta berliku2.
Kenangan terakhir sempat bergambar
dengan arwah pada 1 Mei 2011 sebulan lalu.
1 Jun 2011, arwah pergi tak kembali.

Tanpa petanda, arwah riang hingga ke hujung usia.
Tiada kesedihan di wajahnya ketika arwah berbual di lewat malam
dengan CDM Asiah sebelum tidurnya.
Bangun pagi sudah tidak bernyawa lagi.
Bersama mentor kesayangannya,
CDM Kamaruddin pada Anugerah Tabung kereta yang diterimanya
pada Mac 2011 yang baru lalu.
Arwah DDM Kunaini...
impian untuk bergelar CDM tidak kesampaian.
Bagaimanapun tempat yang lebih baik kita doakan
untuknya di sisi Allah nanti.
Kenangan bersama rakan2 AT 181.
CDM Asiahlah upline yang paling sedih dan terasa
kehilangan arwah DDM Kunaini.
CDM Asiahlah yang paling terasa akan pemergian DDM Kunaini.
CDM Asiah adalah upline terdekat yang paling banyak berusaha,
membimbing dan menggilap sinar bintang DDM Kunaini.
Kumpulannya semakin sunyi dengan pemergian DDM Kunaini.

ABADI BERSEMADI...
ALLAHYARHAM DDM KUNAINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.