Saturday, June 25, 2011

Hong kong 14...Kami Happy


Salam.
Kami sekeluarga sangat gembira.
Happy dan enjoy sepanjang empat hari percutian ke Hong Kong.
Paling happy tentulah Irah dan Aisyah.
Sehingga hari ini mereka berdua masih bercerita tentang seronoknya ke Hong Kong.
Ke sekolah pun masih bercerita kepad kengkawan tentang Disneyland.
Masa makan pun bercerita tentang kenangan Disneyland.
Dengan Si Tuah pun bercerita tentang Disneyland.
Dulu angan2 je bagi mereka berdua, alhamdulillah dah nyata dah.
Itu yang happy sakan.

Jam 6.10 am kami tiba di KLIA. terus ke surau dulu untuk solat Suboh.
Baru ke kaunter G1o...waaa dah ramailah yang sampai.
semuanya senyum dan excited.

Yooo yooo yoooo...dah siap dapat tiket, scedule lawatan sepanjang di Hong Kong, beg sandang, name tag,
boarding pass...
Siap check in...wowww seronoknya nak ke Hong Kong.
Flight jam 9.45 pagi. Selepas imegresen, kami ke tingkat satu untuk breakfast dulu.
Sempatlah makan nasi goreng special dan hot milooooo.
Mengalas perut sebelum terbang. Perut pun dah berkeroncong.
Maklum jam 4 am dah bangun untuk bersiap.

Sebelum menaiki pesawat Cathay Pasific...Sempat gak bergambar.
"Senyum Irah, nanti nak tunjuk gambar kat kawan2 di ISSKD."
Kata abah...payah nak senyum Irah ni.

Selalunya jika balik Kelantan, naik firefly atau Air Asia hanya 50  minit je dah sampai ke Pengkalan Chepa.
Kali ni penerbangan 4 jam ke Hong Kong, barulah mereka merasa lamanya masa terbang.
"Bila nak sampai?  Dah letih duduk dalam flight ni".
kata Aisyah.

Kami duduk sebaris dalam fligt, senang dapat bersama.
Lepas makan, mereka terlentok lena.
Dah penat kerana sejak 4 pagi dah bangun untuk bersiap ke KLIA.

Ketika tiba di KLIA.
Sebelum check in di kaunter G10.

Menuju gate C37 setelah menaiki aero train di KLIA.
Aisyah lebih seronok kerana ditemani Sofea dan Dania yang ikut sama ke Hong Kong.
Sukalah dia.
Masuk ke gate C37 sebelum dipanggil masuk pesawat Cathay Pacific menuju Hong Kong.
"Hantu gambar". kata Dzul pada aku dulu setiap kali nak bergambar.
Itu dulu sebelum beli Nikon D90, sejak beli camera baru, Dzul pun jadi macam aku gak...bukan hantu lagi tapi
dah jadi jembalang gambar.
Semua benda nak snap, semua tempat dia nak rakamkan.
Padan muka, baru dia tahu.
"mengata dulang paku serpih, mengata orang abang  pun lebih...ki ki ki.


Ketika tiba di L'hotel.
Welcome to Hong Kong.
Bergambar sebelum check in hotel.
Orang ramai yang ak check in, jam 4.45 petang baru boleh masuk.
aduhhh..penatnya.

Aisyah pada Gala Dinner di tingkat 7, L'hotel.
Seronok punya pasal, orang dok makan dia berlari seluruh dewan dengan Sofea dan Dania.
kata Dzul..."biar jelah dia, tak payah larang. Jika kat rumah, kena kurung je.
Langsung tak keluar kecuali ditemani Homsatun.
kali ni biar dia main sepuas2nya"

Kertka breakfast di Islamic Centre sebelum ke Disneyland..
ada nasi goreng, ada dim sum, ada popia goreng, ada buah2an dn lain2.
Sedapnya...nyam nyam nyam.
Di hadapan Masjid Ammar and Islamic Centre.
Bersarapan dan solat sunat bagi yang mahu buat.
Dah banyak destinasi aku pergi...masjid seluruh dunia juga aku sampai setiap kali trip melancong.
Semuanya untuk tunduk kepadaNya.
Syukurlah...
Dalam bas... "lambatnya bas ni, cepatlah sampai.
Abah bawak bas ni bah, laju2 sikit, slow sangatlah driver bas ni".

Seronoknya dah sampai kat Disneyland.
Kota keriangan bagi kami sekeluarga.
Yang tak syoknya, cuaca yang sangat panas.
kebetulan lah pulak.
Tak apalah, bersyukur gak tak hujan, jika hujan langsung tak leh main.

Aku dan Dzul pun seronok gak.
Kami dah sampai ke beberapa destinasi Disneyland...iaitu Tokyo, Paris dan Hong Kong.
Disneyland juga terdapat di California dan Florida.
Cuaca Disneyland sangat panas.
kebetulan lak hari Ahad dan father's day.
berpeluh sampai ke kaki....ki ki ki

Kami dh main 8 game atau station...dah tak larat dah.
Sampai jam 6.30 petang, semua dah longlai.
berehat sekejap untuk menyaksikan fire work pada 8.30pm.

 
Kupon makan...kami singgah makan dulu.
Untuk hari ini, semua dijamin halal.
Tapi cop JAKIM tak adalah kat Hong Kong ni.
Terpulang, jika was2 jangan makan.
Hubby dan anak2 makan sama je kat Malaysia, cuma aku yang tak lalu.
Roti Gardenia gak yang aku makan.
Setiap kali melancong, memang aku tak akan miss bawa roti, nasi impit, serunding daging, serunding ikan,
telur rebus, telur masin, ikan masinmaggi, biskut dan makan kering lain.
Tak lalu lah nak telan makanan di tempat orang.
Maklum,,,aku orang kampung.
"Abah, pakailah Minnie mouse hat ni, baru serupa dengan topi Aisyah"
"Senyum bah, Aisyan nak snap ni, senyum 1,2,3...
Dah pandai Aisyah snap foto dengan Nikon D90...
Katanya..."ha jadi la".

Minnie Mouse hat...150 HKD.
Cantik kan, Irah, Aisyah pun beli gak.
Hubby beli yang lain sikit.
540 HKD semuanya.

Sporting je meraka  hari tu, penat dan letih letak tepi.
35 minit menunggu giliran berbaris, baru bpleh masuk untuk station Winnie The Pooh.


Menunggu masuk ke Winnie The Pooh, Irah sempat bergambar kenangan.
Setiap kali nak bergambar, Irah pasti menanggalkan specknya.
Gaknya dia rasa lebih cantik tanpa speck. Apa nak buat, matanya memang rabun sejak standard two lagi.
Katanya nak pakai contact lense tapi aku cakap, tunggulah masuk u atau college dulu.
Dah pandai melawa dan mencantikkan diri anak aku ni....
Kata abah, " eh dah anak dara tu, bukan budak hingusan lagi, tak sedar ke anak dah remaja".

"Mama, kenapa semua orang suka datang Disneyland?
Jika kita ja yang datang kan bagus, tak ada orang lain.
Tak adalah kena berbaris panjang macam ni".
Kami terpaksa ambik fast tiket untuk setiap station.
Jika tidak, sampai 45 minit berbaris menunggu turn untuk masuk.
Fuyooo...seronoknya berjumpa Minnie Mouse.
tetapi aku kesian tengok Minnie, dia dah boring bergambar dengan peminat2nya.
Tetapi kerana wajahnya yang sentiasa senyum, tak nampaklah wajah boring, penat dan letihnya.
Hati Minnie, dia saja yang tahu.
Apa pun, peminat2 Minnie happylah.
termasuk anak2 kami.

"Mama, janji tau, bawa Aisyah ke Holland nanti tau".
"Jika Aisyah dapat exam no 1, 2, atau 3, mama akan bawa Aisyah ke Holland".

"Haaa? kalau nombor lima boleh tak"? Tanya Aisyah.
"Ohh sorry, hanya 1, 2 dan 3 saja tau".

Dah hampir senja, kami kepenatan yang amat tetapi tetap puas hati.
Berehat sekejap, banyak lagi station nak bergambar.
Malam pula nak tengok fire work.
Auww auww..peluang yang tak mungkin dilepaskan.
Anak dara aku ni, Irah pendiam sikit tak macam si bongsu Aisyah yang lebih riuh mulutnya.
Tetapi sepanjang di Dysnesland, Irah yang lebih banyak nak bergambar dan bermain.
iuh juga mulutnya ajak ke sana sini.
Nak pula bergambar dan bergaya bila berfoto.
Selalunya jual mahal.
Mulutnya boleh tahan, berubah wataknya kerana Disneyland.
he he he...abah pun perasan anak daranya peramah hari tu.
Gembira yang amat gaknya...

Irah dengan dengan Winnie The Pooh,
Aisyah pula dengan Baby Pooh
dan mama dengan Tiger.
Kami cuma bergambar je...au eiii uuuu...
Tak beli pun, kesemuanya dah ada kat rumah.
Lagipun mereka dah semakin besar, dah tak minat sangat nak main2 dengan watak2 ni semua.
banyak gak yang diberi kepada orang.
Jumbo air...kami try sekeluarga.
Best gak...bukan budak2 je yang seronok, mama dan abah pun seronok.

Menunngu turun untuk menaiki roller coaster...gayat weiii.
kalau ada sakit jantung baikla jangan cubalah, cari naas lah jawabnya.
Dup dap dup dap...jantung berdegup kencang.
tetapi kami naik empat beranak.
menjerit laa gak, wit wit...turun je, semua ketawa pecah perut....ha ha ha.

Buzz lighter...kami masuk gak. Tembak menembak la, ada pistol sepucuk sorang.
Apa lagi, nilah masanya nak menembak.
aku tembak cukup2 semua musuh antaranya Strange Force, Stone Boom, Snack Lizer, Snakie Fournies dan lain2.
Ada yang kena ada yang tersasar.
Janji aku tembak semua musuh tu..
ha ha ha padan muka, mampus kau.

Ya rabbi darling, tak sedar tertonggek bumper tuuuuu...he he helucu benaar laknya.
Ketawa besar hubby bila lihat foto ni.
Sorry lah ya..syok sangat nak bergambar.
Excited punya pasal la ni, tak tersedar bumper punya gaya...ha ha ha.














No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.